siswa B : kimia
siswa A : emang kamu tau apa itu kimia ?
siswa B : (bengong)
pertanyaan dari percakapan di atas sepele bukan, akan tetapi sudah dapat membuat kita-kita (calon guru) muter tujuh keliling buat jawabnya. yah untuk sekedar informasi nih biar gak mikir tujuh keliling lagi kalo di tanya APA ITU KIMIA ? check it out guys...!!
Pengertian
Kimia merupakan cabang sains yang berkenaan
dengan komposisi, struktur, dan ciri jirim, dan juga perubahan
yang dialami oleh jirim tersebut apabila didedahkan kepada jirim yang lain
ataupun ketika berlaku perubahan keadaan fizikal di sekeliling jirim tersebut.
Kimia merupakan sains fizikal yang melibatkan kajian pelbagai atom, molekul,
hablur dan bentuk jirim lain baik
diasingkan atau disebatikan, yang membabitkan konsep tenaga dan entropi berkenaan dengan kespontanan proses kimia.
Sejarah kimia
Perkataan kimia berasal daripada perkataan Arab ‘al-kimiya’.Orang Yunani ialah
bangsa pertama yang cuba menjelaskan mengapa berlaku perubahan kimia terjadi.
Mereka telah mengemukakan suatu teori bahawa semua bahan terdiri daripada empat
unsur asas iaitu api,
air, tanah, dan udara 2400 tahun dahulu
kala.
Keempat-empat unsur asas ini dipercayai saling berkaitan dan
mempunyai ciri-ciri tertentu seperti sejuk, panas, kering, dan lembap. Teori
ini dikemukakan kerana keempat-empat unsur itu amat penting dalam kehidupan
seharian mereka pada masa itu.
Pada masa yang sama, orang-orang Mesir ketika itu, telah
mengetahui cara-cara pengekstrakan logam-logam seperti emas, perak, besi, tembaga,
dan timah.
Istilah kimia juga berasal dari Mesir yang bermaksud tanah hitam dari Sungai Nil
dalam bahasa Arab.
Asas kimia moden bermula pada abad ke-16 dengan perkembangan
ilmu metalurgi
ialitu pengekstrakan logam daripada bijihnya yang dilakukan oleh seorang
berbangsa Jerman
iaitu George Bauer, serta penggunaan mineral
dalam ilmu perubatan
oleh seorang yang berbangsa Switzerland iaitu bernama Paracelsus.
Robert Boyle (1627 – 1691) seorang ahli
sains Inggeris dianggap sebagai pengasas kimia moden. Beliaulah orang yang
pertama yang menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesahan sesuatu pendapat
yang dikemukan. Robert Boyle menghasilkan buku ‘The Sceptical Chymist’. Buku
ini menerangkan sifat-sifat berlainan bagi unsur, sebatian,
dan campuran
dengan jelas.
Kimia merupakan satu cabang ilmu sains yang mengkaji bahan
yang terdapat di dalam alam semesta serta perubahan yang berlaku ke atas bahan
ini apabila berinteraksi antara satu sama lain. Perubahan-perubahan ini boleh
dilihat dari segi tenaga, jisim, warna, dan sebagainya.
Oleh itu, ilmu kimia amat luas, daripada mengkaji zarah-zarah
asas dalam sesuatu bahan hingga bagaimana bahan ini bertindak balas
menghasilkan bahan yang baru. Ilmu kimia sering dianggap sebagai 'sains pusat'
kerana kedudukannya yang unik dan bertindih dengan banyak cabang sains yang
lain.
Kepentingan kimia
Memandangkan bahan kimia begitu mempengaruhi kehidupan kita,
maka bidang kimia sudah pasti menjadi satu bidang kerjaya yang amat penting.
Ahli kimia diperlukan dalam bidang pemakanan, perubatan,
pertanian,
serta dalam industri pembuatan.
Tanpa
disedari atau sebaliknya, bahan kimia digunakan secara meluas dalam kehidupan
seharian. Pakaian sutera
atau kapas
mahupun jaket nilon
semuanya dibuat daripada bahan kimia.
Bahan makanan juga terdiri daripada bahan kimia. Protein,
sebagai contoh, terdiri dari unsur-unsur karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen
serta sedikit fosforus dan sulfur. Bahan kimia seperti glukosa
dan sukrosatenaga kepada
kita. membekalkan
Industri
kimia kian berkembang maju di Malaysia. Dalam pengeluaran minyak dan petrol,
Malaysia merupakan Negara yang tersenarai sebagai Negara yang menjadi pengeluar
utama di dunia.
Kegunaan bahan kimia akan terus meningkat dan manusia akan
sentiasa memerlukan bahan baru. Di sinilah kimia memainkan peranan untuk
menghasilkan benda baru.
Asas
Teori atom adalah asas kimia. Teori tersebut menyatakan
bahawa semua jisim terbentuk daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai
atom. Salah satu dari Hukum pertama dijumpai yang menjurus kepada penubuhan
Kimia sebagai sains adalah Hukum Keabadian Jisim. Hukum itu menegaskan bahawa
tidak terdapat perubahan yang boleh dikesan dalam kuantiti jisim ketika tindak
balas kimia biasa berlaku. Fizik Moden sekarang menjelaskan bahawa atom dan
tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan dalam satu tindak balas kimia.
Secara kasarnya suatu tindak balas yang bermula dengan 1001 atom akan berakhir
dengan 1001 atom juga, walau banyak mana sekalipun tindak balas yang terjadi.
Walaupun awalnya sesuatu itu hijau dan berlendir dan menjadi sesuatu yang keras
dan hitam sesudah tindak balas, jumlah atom akan masih kekal.
Jisim juga sama sekiranya tenaga yang dibebaskan atau
ditambah diambil kira. Ahli kimia mengkaji interaksi atom ini secara individual
dan kadang kala dengan sebatian atom lain untuk membentuk ion dan molekul.
Atom-atam ini bergabung dengan atom lain (sebagai contoh, kayu terbakar adalah
gabungan oksigen dari udara dengan atom karbon dan hidrogen dalam kayu dan
mereka juga berinteraksi dengan cahaya manakala gambar terbentuk akibat
perubahan kimia atas filem yang disebabkan oleh cahaya) dan radiasi lain. Salah
satu jumpaan awal yang menakjubkan adalah atom-atom ini sentiasa bergabung
dalam nisbah sekata: struktur pasir silika mempunyai nisbah atom silika dengan
oksigen pada 1 : 2. Kita sekarang mengetahui bahawa terdapat pengecualian
dalam Hukum Perkadaran Tetap (Law of Definite Proportions). Litar sepadu
(integrated circuits) adalah contoh aplikasi hukum ini yang baik.
Satu lagi penemuan yang penting dalam kimia adalah apabila
perubahan berlaku, jumlah tenaga yang terhasil atau hilang sentiasa sama. Ini
mendorong kepada konsep penting pada keseimbangan, termodinamik, dan kinetik.
Teori paling menarik yang menggambarkan semua kimia adalah Kuantum Mekanik
(Quantum Mechanics). Teori ini kompleks, susah difahami, dan sukar dimahiri.
konsep yang lebih mudah difahami adalah konsep yang diambil dari kimia asid dan
bes (acid/base chemistry). Konsep ini terhad skopnya tetapi lebih mudah
difahami dan dipakai. Sering kali penemuan kimia dibuat oleh pakar fizik,
biologi, jurutera kimia atau farmasi.
sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kimia
Tidak ada komentar:
Posting Komentar